Tuesday, July 07, 2009

MESYUARAT CBC DI KANOWIT

Kubu Emma, Kanowit bakal berubah wajah menjadi pusat CBC dan menjadi pusat IT untuk penduduk setempat. Pintu gerbang ke Rh Benjamin.

Snnapy di laman Rh Benjamin ..rumah panjang ni cantik sangat...tersusun dengan lanskap yang menarik. Tak hairan kalau ia penah dinobatkan Rh Panjang contoh bagi kategori luar bandar.

Sungai Kanowit menjadi nadi perhubungan dan rezeki penduduk Kanowit....

Salam uowls...ni aku baru balik dari site Visit 2 CBC di Kanowit dan meeting bersama Pihak Muzium dan juga pihak Daerah Kanowit untuk mendapatkan persetujuan untuk 2 CBC di Kanowit iaitu di Rh. Benjamin dan Kubu Emma. Berangkat pagi tadi dari Sibu ke Kanowit bersama pihak Celcom pada pukul 9-30pagi. Masa ni dah kat sibu nak tunggu flight balik ke Kuching dalam pukul 8.10 malam ini. Sempatlah aku menghapdate beberapa perkara secara ringkas sebelum aku depart.

Alhamdulilah mesyuarat tadi membuahkan jawapan yang positif dari semua pihak. Tidak lama lagi projek CBC di Kanowit akan turut berjalan dalam merapatkan jurang digital masyarakat luar bandar dan dapat dimanfaatkan semua. Kejap lagi nak fly balik Kuching dah tapi esok sambung balik traveling untuk beberapa site lagi. Tau2 lah uowls kerja macam aku ni memang memerlukan banyak traveling sana-sini. Tak panas lagi kerusi kat ofis dah terpaksa buat site visit lagi....yang penting i Luv my work....hahah.

So ini dia jadual terbaru perjalanan aku esok...so team aerofithon, aerofit, Step board dan Hip Hop...tunggu aku balik traveling baru mula training balik. Busy kan..semua nak ambik..tamak sangat..hahah.
______________________

Depart Kuching for Bau (Wednesday - 8/7/09)
2.30pm - Site 1 - Bau Dewan Orangramai, Kampung Sibuluh, Bau
Kompleks Sukan/Dewan Kampung Krokong, Bau

NIGHT STAY @ Theater Inn, Sri Aman (Check In - 8/7/09, Check Out - 9/7/09)
Thursday - 9/7/09
10.00am - Site 2 - Lubok AntuDewan Orang ramai, Rumah Panjang Jangan, Lubuk Antu
11.30am - Site 3 - Engkilili Shop Lot within Engkilili Town
3.30pm - Site 4 - Maradong Shoplot within Maradong Town

NIGHT STAY @ Sibu (Friday - 10/7/09/)

0 comments: